My Photo

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    
Powered by Friendster Blogs

Lagu Untukmu

meet-uncle-hussain.JPG

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya bonekan yang enkau sering mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahlah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

                            

Selamat Hari Polis 201

Selamat Hari Polis utk semua warga polis di Malaysia..utk cousin2 aku yg jd polis tuh...semOga sentiasa berkhidmat utk negara :))

Sejarah Polis di Malaysia

Peranan polis telah wujud sejak adanya undang-undang di Zaman kesultanan Melayu Melaka. Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang tertua. Undang-undang kanun Melaka merupakan antara undang-undang kepolisan terawal di Malaysia dan ia dikuatkuasakan oleh institusi Temenggong dan para Hulubalang Sultan. Tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud institusi pegawai yang mempunyai fungsi-fungsi polis sejak Kerajaan Hindu Majapahit dan Empayar Buddha Sri Vijaya. Semasa ketiadaan Sultan Melaka ketika itu diperintah oleh Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Bendahara mempunyai kuasa mutlak sebagai Majistret untuk menjatuhkan hukuman. Temenggung pula bertindak sebagai pegawai, misalnya Ketua Polis. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Selain Temenggung, para Penghulu juga mempunyai "pasukan polis" masing-masing, bertindak sebagai Ketua Polis Balai. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai dan penguatkuasaan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung. Temenggung yang dilantik oleh raja dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung yang mempunyai seorang pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat. Sistem kepolisan Melaka berkubur apabila pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka.

Tugas-tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511 Melaka telahpun menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka juga turut berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan beberapa askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Bertanggungjawab kepada Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu juga menjalankan tugas-tugas polis semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Organisasi polis termoden di Malaysia bermula pada 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.Imej:RMP T-Baton.jpg

UEFA Champions League

pg tadi aku tgk UEFA champions league Chelsea vs Olympiacos yg berkesudahan 3-0.ngantOks giler ni..huhuhu...mao x nantOk..pg semalam aku tgk game AC Milan vs Arsenal..sambil2 tu aku tgk gak la game Manu vs Lyon.. Ape2 pn aku hepi cz Chelsea menang :))

Chelsea!!!

Chelsea!!!

henfOn barOO

Yeyyy!!! aku dh bole guna semula no 019 aku...bukan ape...aku nk bgtaO yg aku dh beli hp baroo...hehehehehhe...aset 1st salary aku nih...x de la hp canggih benor tp yg pting aku dh leh guna 019 aku semula..b4 ni no tu aku x guna sgt cz hp terlalu kritikal...tu yg aku malas nk guna...so skg aku dh bole la guna 019...jimat utk aku sms kengkawan yg guna 013/019 :))

Kepada kengkawan yg guna 013/019 leh la contact 019 aku k....bkn ape..utk penjimatan laa.....huhuhuhu

Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…